10.3.09

Hajimemashite

Hajimemashite (Salam Perkenalan)

Mula-mula saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengerusi Kelab Bahasa Jepun 2009, Saudara Mizan kerana bersusah payah membuat blog ini walaupun beliau sibuk dengan ulangkaji SPM. Terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa dan ahli-ahli yang memberikan kerjasama menjalankan aktiviti-aktiviti kelab. Arigataou Gozaimasu.

Insyaallah, pada tahun ini Kelab Bahasa Jepun Maktab Sultan Ismail (JLC SIC) akan mengadakan beberapa aktiviti untuk ahli-ahli kelab. Diantaranya membuat t-shirt Kelab, buletin, lawatan, membuat dan mengurus blog kelab dan aktiviti-aktiviti lain di peringkat sekolah.

Design T-shirt maktab sudah berada di takat 90% siap! Insyaallah pihak kelab akan cuba mengekalkan harga t-shirt dibawah RM25. Untuk keterangan lanjut, sila tunggu notis yang akan ditampal di papan kenyataan JLC SIC.

Tujuan pihak kelab menyediakan blog ini adalah sebagai satu medium untuk ahli-ahli JLC SIC dan juga pelajar SIC secara amnya untuk berinteraksi disamping mendapat sedikit sebanyak pengetahuan mengenai negara, masyarakat dan budaya Jepun.

Diharapkan ahli-ahli JLC SIC dan pelajar-pelajar SIC dapat memanfaatkan blog sebaik mungkin.

soredewa, mata..

reza sensei
penasihat JLC SIC





2 comments:

  1. sibok ny la sy nie..
    hehehe..
    pdaha pemalas..
    huhu..

    ReplyDelete
  2. dun wori..bahan2 utk blog ni kita tambah slow2..

    ReplyDelete